Penularan COVID-19 di negara kita dilihat semakin membimbangkan. Setakat semalam sahaja Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan peningkatan yang begitu mendadak dimana keseluruhan kes positif kini menjadi 428.
Ini menjadikan Malaysia kini negara tertinggi yang merekodkan kes positif Covid-19 di Asia Tenggara dengan sembilan kes darinya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.
Dalam keadaan masyarakat yang sedikit gusar terutamanya mereka yang berada di kawasan Lembah Kelang, timbul pula info-info palsu yang disebarkan melalui media sosial dan aplikasi perbualan seperti whatsapp yang dikhuatiri mampu memudaratkan keadaan .
Jadi bagi mengelakkan anda dari terus menjadi tidak keruan atau apa sahaja perasaan yang mampu membuatkan kehidupan harian anda terganggu, di bawah kami senaraikan semua lokasi tempat yang pernah merekodkan kes positif Covid-19 sebagai rujukan anda mengikut negeri :
KUALA LUMPUR
1. Pantai Medical Centre [27 Februari]
Seorang warganegara Jepun (kes 24) yang disahkan positif sebelum itu telah mendapatkan rawatan di hospital ini . Seorang pesakit yang tinggal sebilik dengannya serta seorang jururawat juga kemudiannya turut disahkan positif selepas dijangkiti melalui wanita berkenan.
Hospital ini kemudiannya bertindak menutup kawasan yang disyaki dijangkiti untuk kerja pembersihan dan disinfeksi sebelum dibuka semula
2. Menara UEM, KL Sentral [2 Mac]
Seorang pegawai kanan Khazanah Nasional Berhad(kes 26) disahkan positif pada 1 Mac. Memandangkan pejabat mereka terletak di UEM, pihak pengurusan bertindak mengosongkan sementara syarikat mereka bagi kerja pembersihan dan disinfeksi dan semua pekerja diarahkan bekerja dari rumah sebelum dibenarkkan kembali ke pejabat pada 3 Mac
3. Wisma Felcra [3 Mac]
Felcra Berhad mengeluarkan arahan agar semua kakitangan untuk bekerja dari rumah susulan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Syarikat telah disahkan positif COVID-19 pada 4 Mac
Seluruh bangunan ditutup bagi menjalankan kerja pembersihan dan disinfeksi dari 4 – 6 Mac 2020.
4. Ancasa Hotel, Jalan Sultan Ismail (3 Mac)
Pegawai kanan Khazanah Nasional Berhad yang disahkan positif(kes 26) yang juga merupakan Pengerusi UDA Holding Sdn Bhd sebelum disahkan positif difahamkan telah menghadiri satu majlis perpisahan menteri dan timbalan menteri di Ancasa Hotel.
Pengurusan hotel milik UDA Holdings itu bertidak menjalankan kerja pembersihan dan disinfeksi pada 4 Mac dan turut melakukan ujian saringan kesihatan di lobi mereka pada hari yang sama.
5. Pertama Complex [5 Mac]
Ibu pejabat UDA Holdings terletak di Pertama Kompleks. Susulan dari pegawai kanan pengurusan mereka yang disahkan positif, pengurusan UDA bertindak membersihkan pejabat mereka di sana.
6. Taman Desa Medical Centre [5 Mac]

Seorang pesakit di Taman Desa Medical Centre disahkan positif koronavirus sebelum di hantar ke Hospital Kuala Lumpur bagi rawatan susulan.
Kesemua 43 kakitangan perubatan yang mempunyai kontak dengan pesakit diarahkan membuat pemeriksaan dan wad utama ditutup bagi kerja pembersihan
7.Bukit Gembira Condominium, Kuchai Lama [5 Mac]
Pengurusan bangunan memuat naik notis pemberitahuan menjelas seorang penduduk di kondo terbabit telah disahkan positif Covid-19
Pihak pengurusan kemudian bertindak membersihkan dan melakukan disinfeksi pada permukaan terdedah antaranya tombol-tombol pintu , butang lif dan banyak lagi.
8. Wisma MCA, Jalan Ampang [6 Mac]

Seorang peguam yang menghadiri mesyuarat agung tahunan Badan Peguam Kuala Lumpur (BAR) pada 27 februari disahkan positif Covid-19.
Susulan dari itu, pengurusan bangunan Wisma MCA bertindak melakukan kerja sanitasi dan disinfeksi di Auditorium, lif dan semua pejabat di dalam bangunan tersebut
9. Menara Maybank, Jalan Tun Perak [8 Mac]
Seorang pekerja Maybank disahkan positif Covid-19 pada 8Mac. Dia sebelumnya telah pun menjalani kuarantin dari 1 Mac 2020.
Susulan dari itu, kesemua kawasan yang terjejas di bersihkan sebelum operasi syarikat kembali berjalan seperti biasa
10. A-Saloon+, Melawati Mall [10 Mac]

Seorang pelanggan salun dandanan, A-Saloon di Melawati Mall disahkan positif COVID-19.
Sebagai langkah keselamatan pihak salu bersama pengurusan Melawati Mall bertindak menjalankan kerja pembersihan dan sanitasi di kawasan yang terjejas.
11. Cawangan KWSP, Jalan Raja Laut [10 Mac]
Seorang pencarum KWSP yang hadir ke pejabat berkenaan pada 27 Februari disahkan postif Covid-19 pada 3 Mac .
Susulan dari itu KWSP cawangan itu ditutup selama 3 hari sehingga 13 Mac sebelum di buka kepada orang awam pada 16 Mac.
12. SJK (C) Kuen Cheng [10 Mac]
Pihak sekolah pada 10 Mac telah memaklumkan kepada semua ibu bapa bahawa seorang ibu bapa kepada murid mereka telah disahkan positif dan sudahpun menjalani kuarantin semenjak 3 Mac.
Susulan dari itu pihak sekolah pada hari yang sama telah bertindak menjalankan kerja pembersihan dan sanitasi di dalam kawasan sekolah. Selain itu mereka mula melakukan saringan suhu badan pada semua yang hadir ke sekolah.
13. Sunway Putra Mall [11 Mac]
Pihak pengurusan Sunway Putra Mall mengumumkan seorang dari staf mereka telah disah positif Covid-19.
Justeru itu mereka bertindak menjalankan kerja pembersihan dan sanitasi di semu kawasan terjejas selain bertindak mengarahkan kontak rapat pesakit untuk menjalanankan kuaranti sendiri di rumah
14. Menara TH Perdana [11 Mac]
Seorang pegawai Suhakam disahkan positif menyebkan pejabat mereka ditutup dari 11-13 Mac bagi tujuan pembersihan.
Semua pekerja diarahkan bekerja dari rumah. Suhakam juga meminta mana-mana individu yang ada berurusan dengan pihak Suhakam dari 2Mac – 11 Mac untuk segara menjalani saringan dengan KKM.
SELANGOR
1. Subang Jaya Medical Center (SJMC) [3 Mac]
Hospital ini sahaja telah mencatat 3 pesakit positif Covid-19 dimana dua darinya merupakan pesakit yang di rawat di jabatan kecemasan manakala satu lagi kes merupakan individu dari pasukan perubatan yang bertanggungjawab menguruskan pesakit kedua .
Jabatan kecemasan hospital ini ditutup bagi menjalankan kerja pembersihan dan dibuka kembali pada hari yang sama.
2. Church of Our Lady of Guadalupe [6 Mac]
Tiga ahli gereja disahkan positif dengan kes pertama dicatatkan pada 5 Mac. 2 lagi kes merupakan kontak rapat yang menaiki kenderaan bersama pesakit pertama diantara 29 Feb – 1 Mac
3. Brainy Bunch, Bukit Kinrara [6 Mac]
Seorang ibu bapa kepada murid disahkan positif. Dia difahamkan bekerja di Kementerian Kewangan (MOF)
Pengurusan sekolah terus menghubungi ibu bapa semua murid dan menutup sekolah buat sementara
4. Koi Kinrara Suites, Puchong [9 Mac]
Pihak pengurusan bangunan membuat pengumuman yang seorang penghuni mereka disahkan positif Covid-19.
Pihak pengurusan kemudian bertindak membersihkan dan melakukan disinfeksi pada permukaan terdedah antaranya tombol-tombol pintu , butang lif dan banyak lagi.
5. Fitness First, IOI Mall Puchong [9 Mac]
Pengurusan gym menerusi email memaklumkan kepada semua pelanggan mereka bahawa Fitness First akan ditutup pada 8-9 Mac bagi tujuan pembersihan dan disinfeksi susulan seorang pelanggan yang baru berkunjung dalam tempoh dua minggu telah disahkan positif
5. KDU Kampus Glenmarie [9 Mac]
Seorang pelajar luar kampus disahkan positif pada 9 Mac dan sudah menjalani kuaranti dari 1 Mac. Sebagai langkah keselamatan semua kawasan terjejas telah dibersihkan
6. Hong Leong Assurance HQ, Sesyen 51a, PJ [9 Mac]
Seoang pekerja Hong Leong MSIG Takaful Bhd yang sudahpun menjalani kuarantin dari 2 Mac disahkan positif pada 6 Mac.
Semua pekerja yang dikategorikan kontak rapat diarah untuk menjalankan kuarantin sendiri di rumah. Pihak pengurusan syarikat mengambilnlangkah keselamatan dengan menjalankan kerja pembersihan dan disinfeksi pada semua kawasan terjejas antaranya surau, kafeteria, dan tandas pada 7 dan 8 Mac.
7. Masjid Sri Petaling, S [10 Mac]
Dua peserta yang menyertai ‘ijtimak tabligh’ yang diadakan di masjid ini pada 28 Februari sehingga 1 Mac telah disahkan positif. Seorang pesakit dari Brunei dan seorang dari Pahang merupakan dua pesakit terawal yang disahkan positif di sini.
KKM setakat ini mengkategorikan Masjid Sri Petaling sebagai kluster terbaharu selepas gelombang kedua kerana terdapat hampir 15,000 peserta yang menghadiri majlis berkenaan.
Setakat artikel ini ditulis, lebih dari 200 peserta telah disahkan positif.
Masjid ini sebelum ini telah pun ditutup bagi menjalankan kerja pembersihan dan disinfeksi
8. Plaza 33, Petaling Jaya [10 Mac]
Seorang ejen insurans dari AIA yang menghadiri latihan di pejabat AIA, Plaza 33 pada 4 Mac telah disahkan positif
Semua kawasan terjejas telah di bersihkan terutamanya permukaan terdedah seperti tombol pintu butang lif dan lain lain.
9. SJK (C) Batu 11 Cheras [10 Mac]
Seorang pelajar mereka disahkan yang sudah pun bercuti dari 4 Mac disahkan positif pada 10 Mac.
Guru dan rakan sekelas sudahpun menjalani ujian saringan dan masih menantikan keputusan.
Semua kawasan terjejas juga telah di bersihkan dan menjalani disinfeksi.
10. Ibu Pejabat Sirim, Seksyen 2, Shah Alam [11 Mac]
Sirim pada 11 Mac mengumumkan seorang pekerja mereka telah disahkan positif
Semua kontak rapat yang berhubungan dengan pesakit telah diarahkan menjalankan kuarantin sendiri di rumah. Semua kawasan terjejas juga telah di bersihkan dan menjalani disinfeksi.
11. REAL Kids, Evolve Concept Mall Ara Damansara [11 Mac]
Seorang guru yang telahpun ditahan di wad semenjak 7 Mac telah disahkan positif. Sekolah berkenaan ditutup dari 11- 13 Mac bagi tujuan pembersihan dan terus bercuti sempena cuti sekolah.
PULAU PINANG
1. Motorola Solutions Malaysia, Bayan Lepas [10 Mac]
Seorang pekerja mereka disahkan positif pada 10 Mac. Difahamkan pesakit merupakan kontak rapat seorang lagi pesakit Covid-19 dan telah pulang ke Kuala Lumpur semimggu sebelumnya
Pejabat Motorola ditutup selama dua minggu bagi tujuan pembersihan dan semua pekerja diarahan bekerja dari rumah sepanjang tempoh terbabit.
PAHANG
1. Hospital Bentong [11 Mac]
Pesakit yang juga salah seorang peserta ‘ijtimak tabligh’ di Masjid Sri Petaling datang ke Hospital Bentong kerana mengalami masalah pernafasan pada 8 Mac.
Dia kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan dan disahkan positif pada keesokannya harinya.
SARAWAK
1. Lapangan Terbang MIRI [10 Mac]
Pesakit ini merupakan pesakit pertama Covid-19 dari Brunei. Dia yang juga seorang peserta ‘ijtimak tabligh’ di Masjid Sri Petaling . Dia yang pulang terbang melalui Lapangan Terbang Miri disahkan positif pada 6 Mac.
P/S : Kami akan sentiasa mengemaskini senarai lokasi kes


