Nak Keluar Punya Pasal, Sanggup Guna Alasan Bawa Ikan Jalan-Jalan

27 Apr 2020 • 9:21 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Penularan wabak covid-19 di seluruh dunia ketika in benar-benar menakutkan. Di Sepanyol sahaja lebih dari 200,000 ribu orang sudah dijangkiti dengan kematian melebihi 23,000 menjadikan negara Andalusia ini antara 5 negara paling terjejas teruk di dunia .

Sebagai langkah keselamatan kerajaan mereka turut melaksanakan perintah kawalan pergerakan bagi membendung virus maut ini namun memberikan sedikit pengecualian antaranya dengan membenarkan pemilik membawa haiwan peliharaan keluar berjalan-jalan dalam satu tempoh waktu.

Guna alasan bawa ikan jalan-jalan

Namun seorang pemuda di Logroño, Utara Sepanyol baru-baru ini menjadi perhatian media tempatan dan antarabangsa selepas ditangkap bersiar-siar bersama haiwan peliharaannya ; seekor ikan yang diletakkan di dalam balang.

Pelik bukan?

Alasan tak logik yang digunapakainya menyebabkan dia akhirnya didenda oleh pihak berkuasa.

Bawak ayam berjalan

Lelaki ini tidak berseorangan . Sebelum ini pada 25 Mac, polis Sepanyol ini telah mendakwa seorang lelaki atas kesalahan melanggar PKP apabila ditangkap membawa ayamnya bersiar-siar

Bawa anjing mainan jalan-jalan

Selain mereka video seorang lelaki sebelum ini turut tular selepas ditahan membawa anjing mainan miliknya berjalan-jalan.

Macam-macam hal..

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved