Amin Idris Bakal Lawan Ustaz Abu Syafiq Di Mahkamah

28 Apr 2020 • 5:42 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Minggu ini nama Ustaz Abu Syafiq tak lekang diperkatakan masyarakat selepas netizen mendakwa dia mempertikaikan kerja amal yang dilakukan Ustaz Ebit Lew .

Terbaru salah faham itu berlarutan dan kini membabitkan seorang lagi penceramah motivasi yang juga personaliti TV, Amin Idris dan difahamkan kes itu bakal berlanjutan ke mahkamah.

Salah faham mereka dikatakan bermula apabila Amin Idris tampil menegur tindakan Ustaz Abu Syafiq yand didakwa mengkritik Ustas Ebit Lew
sehingga menyebabkan akaun Facebookn Abu Syafiq digodam dan dinyahaktifkan.

image is not available

Namun tidak sampai beberapa ketika Amin Idris memaklumkan dia ada menerima mesej dari Abu Syafiq yang meminta dia membuat permohonan maaf secara terbuka.

Tambah Amin dia turut menerima surat yang dihantar peguam Abu Syafiq menuntut RM1 juta berserta permohonan maaf.

image is not available

Tambah Amin, menerusi surat tersebut dia diberikan tempoh 7 hari untuk membuat permohonan maaf dan membayar RM 1 juta kepada Abu Syafiq.

Namun tidak gentar dengan tuntuan saman itu, Amin Idris kemudiannya bertekad k membawa kes tersebut ke mahkamah.

image is not available

View Original Article