Penjual durian sedia khidmat penghantaran ke rumah

16 Apr 2020 • 11:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

GEORGETOWN - Penjual durian di Pulau Pinang menawarkan perkhidmatan penghantaran buah itu hingga ke pintu rumah.

Exco Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Yeoh Soon Hin berkata, perkhidmatan tersebut membolehkan peminat raja buah itu untuk menikmatinya tanpa perlu keluar dari rumah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Kebiasaannya ketika musim durian, ramai yang akan ke Balik Pulau dan Seberang Perai untuk menikmati buah durian Pulau Pinang yang amat terkenal juga membawa ramai pelancong ke Pulau Pinang kerana ia salah satu daripada keistimewaan kami.

"Satu daripada kepentingan pelancongan ialah ia menjana pendapatan yang membantu masyarakat tempatan mendapatkan pendapatan. Bagaimanapun ketika PKP, pelancongan dan pendapatan yang dibawanya terjejas juga," katanya dalam satu kenyataan hari ini

Menurutnya, peniaga yang masih belum menyediakan perkhidmatan tersebut digalakkan mempromosikan durian menerusi akaun media sosial dan menyediakan perkhidmatan penghantaran durian untuk pelanggan mereka.

"Menerusi media sosial selaku platform promosi, orang ramai boleh menyokong mereka ketika waktu PKP tanpa perlu mereka keluar rumah dan cara alternatif ini akan dapat membantu memberikan pendapatan kepada rakyat tempatan," katanya. - Bernama




Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved