Hikmah PKP, Siti Elizad Berjaya Khatam AL-Quran

23 Apr 2020 • 11:44 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Nampaknya pelakon dan pengacara Radio, Siti Elizad menggunakan sebaiknya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bakal sampai ke penghujung fasa ke 3 apabila berjaya khatam al-Quran

Menerusi Instagram, dia meluahkan rasa syukurnya malah berharap dapat memulakan satu lagi sesi baru sempena kedatangan bulan mulia yang akan tiba pada Jumaat ini.

“Alhamdullillah, saya diberi peluang untuk khatam al-Quran musim PKP sambil Work From Home (bekerja dari rumah) Inshaallah esok boleh mula yang baru pula untuk Ramadhan tahun ni.

“Macam tak percaya dah nak puasa. May this Ramadhan be successful for all of us & provide us with good health & wealth,” tulisnya sebagai kapsyen

View this post on Instagram

Alhamdullillah , I got a chance to Khatam Quran utk “ musim PKP “ sesambil WFH . 🥰 Inshaallah esok boleh mula yg baru pula utk Ramadhan tahun ni . Aaaaa , mcm x percaya lusa dah nak puasa 😁 . May this Ramadhan be successful for all of us & provide us with good health & wealth . ❤️

A post shared by ELIZAD SHARIFUDDIN (@elizadsharifuddin) on

Menerusi posting sama, Elizad turut memuat naik beberapa foto dia bersama suaminya sambil memegang kitab suci tersebut

Perkongsian Elizad mendapat respons positif dari pengikutnya malah ada juga diantara mereka yang berbuat perkara sama. Tidak kurang juga yang turut mendoakan agar pengacara Sinar FM ini dan suami dikurniakan zuriat pada tahun ini.