Toni mati kerana terlalu rindukan Ashraf Sinclair

24 Apr 2020 • 8:19 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

DEK terlalu rindukan Allahyarham Ashraf Sinclair, kucing kesayangan milik pelakon tersebut yang diberi nama Toni telah menghembuskan nafas terakhir.

Berita pilu tersebut dikongsikan di dalam laman sosial Instagram milik isteri Ashraf, Bunga Citra Lestari (BCL) hari ini.

Menurut penyanyi wanita itu, Toni dikatakan mengalami kesukaran menikmati makanan dan kondisi semakin lemah selepas suaminya meninggal dunia pada 18 Februari lalu.

“Dear Toni…terima kasih kerana membawa keceriaan di rumah kami selama ini. Ia kucing paling bijak di dalam kediaman ini. Kamu paling seronok apabila didukung daddy (Ashraf) sambil melihat cicak.

“Saya mengerti dua bulan ini merupakan detik sukar memandangkan kamu tidak memahami apa yang berlaku. Kamu juga sukar untuk makan dan menjadi semakin lemah hari demi hari,” coret BCL yang mengundang pelbagai reaksi daripada warga net termasuk para peminat dari Malaysia.

image is not available
KENANGAN…BCL ketika bercuti bersama anaknya, Noah dan arwah suami, Ashraf.

Dalam pada itu, BCL juga menzahirkan akan merindui Toni yang telah membawa keceriaan dan kebahagiaan dalam kehidupan beliau sekeluarga.

“Kamu akan dirindui. Sampaikan salam sayang kepada daddy di sana,” luah BCL.

Terdahulu, Allahyarham Ashraf menghembuskan nafas terakhir di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC), Kuningan, Jakarta pada 18 Februari lalu dipercayai serangan jantung.

Ashraf yang mendirikan rumah tangga bersama BCL pada 8 November 2008 dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Noah Aidan Sinclair berusia 10 tahun.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair) on

The post Toni mati kerana terlalu rindukan Ashraf Sinclair appeared first on Sinar Plus.