Proton Ikuti Langkah Honda, Nissan, Kia Dan Lain-Lain Tawar Lanjutan Waranti Sepanjang PKP

Cars
7 Apr 2020 • 1:46 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Berita baik buat pemilik kereta Proton apabila pengeluar kereta nasional pertama itu turut melanjutkan tempoh waranti ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Menerusi kenyataan yang turut dimuat naik di media sosial mereka, Proton memaklumkan setiap model kereta mereka yang tamat waranti semasa tempoh ini akan dilanjutkan kepada 1,000 kilometer (km) atau 30 hari (yang mana lebih dahulu) usai pelaksanaan PKP

View this post on Instagram

PROTON ingin memaklumkan status waranti PROTON berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuatkuasa di seluruh negara buat masa ini. Di samping itu, PROTON juga ingin memberi jaminan kepada semua pelanggan mengenai isu-isu berkaitan servis dan waranti kenderaan mereka. Anda tidak perlu risau kerana waranti yang tamat tempoh sepanjang tempoh PKP ini akan dilanjutkan kepada 1,000 kilometer atau 30 hari selepas hari terakhir PKP, yang mana-mana terdahulu. Berikutan penutupan semua pusat servis PROTON sepanjang tempoh PKP, semua waranti masih sah dan boleh digunakan meskipun kenderaan tersebut telah melepasi tempoh servis yang disarankan. Oleh itu, pelanggan dinasihatkan untuk menyelenggara kenderaan mereka dalam tempoh 30 hari selepas hari terakhir PKP bagi memastikan waranti kenderaan mereka kekal aktif. Baca dengan selanjutnya pada pautan di laman web PROTON. Terus tabah dan jaga diri, Malaysia

A post shared by PROTON (@protoncars) on

Tambah mereka, ini untuk memastikan waranti kekal aktif susulan dari penutupan semua pusat servis sepanjang pelaksanaan PKP.

Jadi buat pemilik kereta yang seharusnya melakukan servis pada tempoh ini , anda inasihatkan untuk menyelenggara kenderaan dalam tempoh 30 hari selepas tamat tempoh .

Terdahulu beberapa pengeluar kereta seperti Honda, dan Nissan telah mengambil langkah melanjutkan waranti kenderaan mereka susulan dari pelaksanaan PKP.

Honda – 30 Hari Lanjutan Waranti

image is not available

KIA – Sehingga Jun 2020

image is not available

Nissan – 30 Hari Lanjutan Waranti

image is not available

View Original Article