Glowing dengan susu tepung sahaja, lebih murah dan mudah

Beauty
28 Apr 2020 • 5:37 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

ANTARA rutin yang selalu diamalkan oleh wanita yang menjaga penampilan adalah pemakaian masker muka.

Walaupun dah banyak produk dan mudah didapati di pasaran, masker muka yang dibuat sendiri di rumah tentulah lebih memudahkan. Pastinya jauh lebih murah serta menjimatkan berbanding rawatan facial di spa.

Masker wajah ini merupakan cara merawat wajah yang sudah lama diamalkan ramai wanita sejak dulu lagi. Terdapat banyak khasiat masker susu ini, antaranya:

– Mampu menghilangkan mata panda
– Mencerahkan kulit
– Mengecilkan pori-pori kulit
– Melembabkan kulit kering
– Menyamarkan noda hitam
– Mengencangkan kulit wajah
– Menghilangkan jerawat

Jadi tak rugi kalau kita cuba buat di rumah sesekali. Manjakan muka dengan bahan yang senang didapati di dapur saja.

BAHAN-BAHAN
Putih telur
Lemon
Susu tepung

CARA-CARANYA:
1. Campurkan bahan dan bancuh semua bahan hingga sebati. Bila dah sebati, ia akan membentuk seakan-akan krim macam dalam gambar di bawah ini.

image is not available

2. Sapukan pada muka

Oleskan pada seluruh muka sehingga habis. Sambil-sambil oles boleh bagi urutan ringan pada muka yang penat dan letih agar lebih relaks.

3. Biarkan selama 40 minit kemudian bilas dengan air bersih. Siap.

Cuma guna bahan di dapur saja, anda boleh hilangkan flek hitam dan parut jerawat. Kalau rajin buat setiap minggu pasti dapat hasil yang lebih wow! Mudah saja, kan?

Sumber: Yanie Rosdi/Freepik
Penulis: Fatin Syazwani Mohammed Hanif

The post Glowing dengan susu tepung sahaja, lebih murah dan mudah appeared first on Sinar Plus.