Covid-19: Korban di AS melepasi 8,000 orang

5 Apr 2020 • 2:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

NEW YORK - Jumlah korban Covid-19 di Amerika Syarikat semalam melepasi 8,000 orang, menurut data Johns Hopkins University.

Sejumlah 8,098 orang meninggal dunia dan 297,575 kes jangkitan, lapor agensi berita Xinhua.

Angka korban paling ramai dicatatkan di New York iaitu seramai 3,565, di New Jersey 846 dan Michigan 479 kematian.- Bernama