Tangisan Wan Maimunah

14 Apr 2020 • 9:36 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Bukan sekadar lakonan, tangisan pelakon veteran Wan Maimunah kali ini benar-benar mengundang sebak orang ramai.

Difahamkan pelakon ini tidak mampu menahan air mata dan rasa terharunya selepas dikunjungi sahabat baik Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin, iaitu Ustaz Sheikh Mohammad dan beberapa ustaz muda sekali gus menerima bantuan makanan untuk kegunaan harian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Video tersebut yang dikongsikan , Tengku Khalidah kemudiannya menjad tular di media sosial.

View this post on Instagram

BANGUN pagi pagi hari tu, terima video ni. Daripada ibu Wan Maimunah sendiri yang dihantar kepada saya. Berat hati nak post pada awalnya, tapi bila video jadi viral dah sehari dua ni, saya post kanlah juga semula. Jangan kecam tau… Sebenarnya saya post sebagai menghargai budi baik sahabat kami, Ustaz Sheikh Mohammad yang memang bergerak kulur kilir membantu yang memerlukana. Ustaz Sheikh Mohammad buat masa sekarang dia gerak sendiri dengan seorang dua rakan, dia pakai apa yang dia punya sendiri, pergi beli barang, pergi hantar dari rumah ke rumah, ke tangan penerima sendiri. Sebab tu dengarnya dah jadi anak angkat beberapa artis dah sekarang ni. Hehehe! Apapun ini sumbangan kecil sahaja. Sejak saya tak kerja, duduk rumah saja, kewangan pun terhad nak beri infaq banyak-banyak. Tapi ada cara untuk kita membantu juga walaupun bukan dengan wang ringgit. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan usaha kita semua.

A post shared by tengku khalidah (@tengkukhalidah_tengkubidin) on

“Saya dihubungi Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin beritahu ada ustaz nak datang.

“Alhamdulillah, terima kasih, rumah ibu jauh, tetapi ustaz tetap sudi datang. Setiap yang baik, Allah membalas dengan kebaikan juga hendaknya,” katanya.

Dalam pada itu, Ustaz Sheikh Muhammad mengharapkan sumbangannya kepada golongan selebriti tidak diperbesarkan memandangkan padanya itu hanya tanggungjawab kecilnya kepada masyarakat

“Insan seni seperti ibu (Wan Maimunah) amat dihormati dalam kalangan masyarakat kerana sumbangannya dalam bidang seni. Lakonannya menyampaikan kisah dan teladan kepada manusia lain, besar pengaruhnya.

“Bagi saya, dengan bertanya khabar dan membantu serba sedikit dapat meringankan beban emosi insan seni seperti ibu,” katanya yang turut menyumbang kepada golongan ibu tunggal, anak yatim dan petugas keselamatan dalam tempoh PKP.

“Insya-Allah, bantuan akan diteruskan pada masa hadapan. Semoga usaha kecil ini tidak terhenti di sini,” kata Sheikh Mohammad.

Difahamkan, Ustaz Sheikh Mohammad bekerjasama dengan WHAM dan rakan selebriti seperti Zul Yahya dan Azza Elite dengan memberikan bantuan kepada pelakon-pelakon veteran.

Terdahulu Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT), Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dan Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) turut menghulurkan sumbangan.

View Original Article