“Cuci Tangan Sebelum dan Selepas Urus Haiwan Peliharaan” – KP Kesihatan

6 Apr 2020 • 10:09 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Disaat wabak Covid-19 sedang mengganas di seluruh dunia, timbul tanda tanya dikalangan pencinta haiwan adakah virus itu mampu menjejaskan haiwan terutamanya haiwan peliharaan mereka.

Isu ini kembali menjadi topik hangat selepas seekor Harimau Malaya yang di tempatkan di Zoo Bronx, New York disahkan positif Covid-19 disyaki berjangkit dengan seorang penjaga Zoo di sana .

image is not available

Perkara ini turut mendapat perhatian Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang tampil memberikan pendapatnya di Facebook.

Menurutnya penggemar haiwan yang mempunyai haiwan peliharaan di rumah, mereka disarankan untuk membersihkan tangan sebelum dan selepas menguruskan si comel mereka.

image is not available

“Saya faham ramai bertanya mengenai jangkitan Covid-19 terhadap haiwan dan haiwan peliharaan.

image is not available

“Bagi pencinta haiwan, ia adalah sebahagian daripada keluarga mereka.

“Jika kita tidak dapat menjarakkan diri dengan haiwan peliharaan, penting untuk menjaga kebersihan sepanjang masa terutama apabila kita mempunyai kontak dengannya (haiwan peliharaan),” tulis nya ringkas

image is not available

Tambah Noor Hisham, Kementerian Kesihatan Malaysia akan bekerjasama dengan Jabatan Veterinar dalam mendapatkan info dan nasihat lanjut berhubung perkara itu.