Netizen Hentam Pelajar UM Perlekeh Makanan Percuma PKP

9 Apr 2020 • 10:44 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam memutuskan rantaian wabak Covid-19 benar-benar memberi kesan kepada masyarakat negara kita.

Walaupun membantu dari segi keseluruhannyan ramai yang terkesan sehingga ada yang kehilangan mata pencaraian harian, malah ada juga yang terpaksa tinggal berjauhan dari keluarga antaranya pelajar-pelajar di Institut Pelajaran Tinggi (IPT) Berita baiknya makanan buat kebanyakan pelajar ini di ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Namun baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang pelajar dipercayai penuntut dari Universiti Malaya mengeluh kerana makanan percuma yang diberikan tidak seperti yang dikehendaki.

image is not available

Perkongsian ini menyebabkan netizen menjadi berang. Ramai yang merasakan pelajar ini tidak bersyukur walaupun sudah diberikan makanan secara percuma walhal ramai orang diluar sana terpaksa berjimat demi menampung keluarga.

image is not available

Pada pendapat kami sendiri, tiada langsung cacat cela pada makanan tersebut. Kami sendiri bersetuju dengan pendapat netizen apatah lagi makanan itu serba serbi cukup.

Namun mungkin dek kerana tidak tahan dikecam hebat, pelajar tersebut difahamkan sudahpun memadam tweet yang di muat naiknya itu.

View Original Article