Timun bukan setakat sedap dimakan dan letak di mata

Beauty
14 May 2020 • 12:23 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

KITA sedia maklum, timun banyak digunakan untuk mengurangkan lingkaran gelap bawah mata. Namun sebenarnya bukan itu sahaja khasiat timun ini, banyak lagi.

Berikut antara khasiat yang anda boleh perolehi daripada timun.

1. Membunuh bakteria dalam mulut

Minum jus timun dapat menyegarkan dan menyembuhkan sakit gusi. Selain dapat menyegarkan nafas, anda juga boleh ambil hirisan timun dan letakkan di lelangit.

2. Merawat masalah kulit

Sifat timun yang tinggi mineral dan sejuk amat sesuai dijadikan masker muka. Ia mampu merawat kulit di samping menegangkan kulit muka.

3. Menyihatkan rambut dan kuku

Kandungan silika dan mineral dalam timun mampu menyihatkan dan mengilatkan kuku. Caranya cuci rambut dengan air timun dan cuci bersih dengan syampu dan air bersih. Manakala untuk kuku boleh gosokkan kuku dengan menggunakan bahagian dalam timun.

4. Ubat sembelit

Minum jus timun dapat membantu masalah sembelit. Ini kerana timun yang tinggi mineral dan serat mampu melancarkan sistem pencernaan tubuh badan.

Selamat mengamalkannya agar kehidupan anda lebih sihat.

Penulis: Suhaila Ali

Sumber: Maskulin

The post Timun bukan setakat sedap dimakan dan letak di mata appeared first on Sinar Plus.