Qualcomm Memperkenalkan Cip Snapdragon 768G – Memfokuskan Permua, Sokongan 5G

TechnologyDigital
11 May 2020 • 3:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Qualcomm hari ini telah memperkenalkan sebuah lagi cip pemprosesan untuk peranti berspesifikasi pertengahan, iaitu Snapdragon 768G.

image is not available

Snapdragon 768G meneruskan siri memfokuskan permua (permainan mudah-alih), selain turut hadir dengan integrasi sokongan rangkaian 5G. Dengan sokongan permua, ia juga turut hadir dengan ciri Snapdragon Elite Gaming bersama dengannya.

Dari segi prestasi, Snapdragon 768G hadir dengan Kyro 475 CPU Prime yang menawarkan kepantasan 2.8Ghz, selain sokongan GPU Adreno 620. Qualcomm juga akan menawarkan kemaskini untuk pemacu GPU untuk cip ini yang boleh dikemaskini oleh pengguna, sekaligus menawarkan sokongan prestasi lebih baik dari semasa ke semasa.

Cip pemprosesan ini juga menawarkan sokongan grafik 15% lebih pantas berbanding Snapdragon 765G sebelum ini, selain menyokong panel paparan 120Hz. Melengkapkan cip pemprosesan ini adalah sokongan rangkaian 5G bersama dengannya.

Telefon pintar pertama yang akan hadir menggunakan cip pemprosesan ini adalah Redmi K30 5G Racing Edition.