“Tak Logik Shooting Ikut SOP, Macam Mana Nak Buat Scene Gaduh?” – Nabila Huda

Entertainment
22 May 2020 • 4:13 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Pengumuman yang dilakukan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah membenarkan syarikat produksi filem, drama, dokumentari dan iklan dibenar menyambung aktiviti penggambaran selepas raya Aidilfitri melegakan banyak pihak.

Malah ramai pengarah mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana bersetuju membenarkan aktiviti berkenaan dilaksanakan semula meskipun harus mematuhi SOP yang ketat yang disediakan hasil kerjasama KKM, FINAS, dan beberapa persatuan penggiat seni tanah air.

Bagaimanapun perkara ini enimbulkan rasa kurang senang pelakon Nabila Huda yang merasakan agak tidak logik untuk melakukan penggambaran dengan norma baharu sedemikian.

Menerusi Twitter, Nabila merasakan banyak perkara perlu diambil kira dari sebelum sehinggalah selesai penggambaran.

image is not available
Foto : NST

Sebangai contoh adalah urusan membabitkan aktiviti mekap dimana sudah terdapat sentuhan.

Malah menurutnya scene gaduh, scene berpelukan juga susah dilakukan memandangkan perlu ada penjarakan sosial.

image is not available

Macam mana kalau kita dijangkiti semasa penggambaran

Nabila turut menyoalkan apa yang akan terjadi sekiranya ada diantara mereka yang dijangkiti semasa penggambaran .

Tambahnya lagi adakah penggiat seni sanggup mengambil risiko memandangkan ramainya sudah berkeluarga.

Dalam masa sama Nabila turut berkata yang dia hampir putus asa selepas aktiviti penggambaran tidak dibenarkan memandangkan itu punca pendapatannya, namun soal keselamatan adalah lebih penting menurutnya

image is not available

Di penghujung perkongsiannya anak kepada penyanyi lagenda Amy Search ini memohon maaf sekiranya perkongsiannya mengguris hati mana2 pihak.

View Original Article