Honor diwujudkan sebagai sub jenama mampu milik kepada Huawei. Kerap kali peranti mereka mempunyai spesifikasi yang hampir setanding tetapi ditawarkan pada harga yang jauh lebih murah kerana hanya ditawarkan secara atas talian. Tradisi ini mungkin akan berubah dalam masa terdekat selepas presiden Honor George Zhao dipetik berkata syarikat beliau menggunakan cip 5G keluaran MediaTek di masa hadapan.

MediaTek telah melancarkan beberapa cip 5G di bawah keluarga Dimensity sejak enam bulan yang lalu. Ini mungkin menandakan berakhirnya era menanti peranti Honor dilancarkan kerana tidak mampu memiliki peranti Huawei di negara kita dalam masa terdekat.

