Tarikan cermin mata ala mata kucing

Women's Fashion
31 May 2020 • 2:29 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

LUPAKAN seketika cermin mata berbingkai bulat atau empat segi klasik kerana label antarabangsa popular, Moschino telah memperkenalkan koleksi terkininya.

Sempena tahun 2020, jenama tersebut mempamerkan cermin mata dengan bingkai ala mata kucing yang bakal menyuntik penampilan memukau.

image is not available
CERMIN mata Moschino tahun 2020 menampilkan rekaan dan konsep minimalis.

Apatah lagi, penggayaan aksesori itu bukan sahaja tampak lebih stailo bersama busana lebaran, malah ideal dipadankan dengan pakaian pejabat ataupun ke kuliah.

Biarpun tidak sarat dengan tatahan perincian, koleksi baharu Moschino masih menyerlahkan sisi feminin dan gaya berani serta matang wanita yang menggayakannya.

Variasi cermin mata jenama berkenaan boleh didapati di butik Moschino dan kedai optik terpilih.

The post Tarikan cermin mata ala mata kucing appeared first on Sinar Plus.