Kalaulah biskut raya macam ini, sayang nak makan

5 May 2020 • 12:44 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

SIAPA sanggup makan biskut secantik ini? Kalaulah biskut raya semeriah ini dengan pelbagai corak warna warni, nak makan pun rasa sayang.

Begitulah perkongsian seorang warganet, Puan Eleena M yang juga pemilik akaun twitter yang memaparkan beberapa koleksi biskut yang mampu membuatkan netizen cair.

“Kalau biskut raya macam ini, rasa maca tak sanggup nak makan. Cantik benau!

image is not available

“Yang ni dia pakai gula icing dan guna pewarna makanan untuk warnakan biskut ni,” tulisnya yang merujuk koleksi biskut daripada sumber Art & Honey FB.

Bukan itu sahaja, dalam twitter yang mempunyai lebih 43,000 pengikut itu turut berkongsi gambar biskut yang cantik dan menyelerakan daripada sumber Facebook yang sama.

image is not available

Tidak kurang juga ada yang retweet dengan menunjukkan biskut raya versi Malaysia yang sangat comel dan menawan hati.

image is not available

Apa tidaknya, perkongsian daripada @dalkomkafe cukup menarik apabila gambar biskut raya lebih kepada tema sambutan Aidilfitri.

“Di Malaysia, ada juga baker yang buat biskut macam ni. Rambang mata tengok design dia,” tulisnya yang menunjukkan biskut baju melayu, kebaya nyonya dan pelbagai corak tak ubah seperti fridge magnet.

Kreatif!

image is not available

The post Kalaulah biskut raya macam ini, sayang nak makan appeared first on Sinar Plus.