Sejak Perang Vietnam lagi wujud pendapat pertarungan satu lawan satu antara pesawat pejuang tidak lagi relevan kerana wujudnya peluru berpandu udara ke udara. Tetapi ini nyata tidak benar kerana pertempuran antara pesawat pejuang masih berlaku dengan insiden terakhir pada tahun 2017. Dengan frekuensi pertarungan semakin berkurangan, sekali lagi pesawat pejuang diramalkan akan pupus dan digantikan sepenuhnya dengan dron tempur.

Dron pengiring ini bukan sahaja boleh terbang secara berkumpulan dengan aset tentera udara (pesawat pejuang, AWACS dan pengisi minyak) tetapi turut mampu melakukan misi intipan dan pengawasan ruang udara. Terdapat perancangan untuk ia turut dilengkapi senjata bagi menyerang sasaran musuh. Setiap Loyang Wingman adalah sepanjang 11.7 meter dengan jarak operasi penerbangan sehingga 2000 batu nautika. Dengan sistem kecerdasan pintar ia boleh swaterbang tanpa arahan manusia/
