Mod Keluarga Google Duo Menjadikan Panggilan Video Lebih Ceria

TechnologyDigital
9 May 2020 • 8:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kami tahu ada yang sudah berbulan tidak bertemu ibu bapa. Nenek di kampung pula sudah lama tidak berjumpa dengan anak cucu. Kita bernasib baik kerana kita hidup di zaman teknologi yang insan-insan yang dirindui masih boleh dihubungi jika mereka mempunyai peranti pintar dan capaian Internet. Google Duo telah mengumumkan Family Mode yang menjadi panggilan video atas talian lebih menarik.

image is not available
Duo kini hadir dengan fungsi berkongsi lakaran pada skrin. Lakaran yang dihasilkan akan dikongsi kepada semua yang dihubungi. Tidak berakhir di situ, terdapat pilihan topeng realiti terimbuh yang boleh digunakan untuk mencuit hati nenek di kampung.

Google juga mengesahkan dalam masa terdekat, Google akan membawakan sokongan panggilan Duo berkumpulan menerusi pelayar web. Dengan PKPB masih tidak membenarkan kunjung-mengunjung ketika Haru Raya kelak, mungkin Duo boleh digunakan untuk mengunjungi mereka yang tersayang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved