Senjata artileri dibangunkan oleh China pada kurun ke-14 selepas mereka berjaya mencipta serbuk peluru. Bermula dari China teknologi artileri diperhalusi sehingga menjadi senjata yang memberikan kemenangan kepada Sultan Mehmet ketika menawan Constantinople pada tahun 1453. Artileri masih memainkan peranan untuk tentera moden.

Sebagai perbandingan peluru Excalibur yang digunakan sekarang hanya memusnahkan sasaran yang terletak pada jarak maksimum 32 kilometer. Kemampuan XM1155 ini adalah amat menakjubkan kerana meriam kapal perang terbesar dunia Yamato yang dianggap terbaik ketika Perang Dunia Kedua hanya mampu menembak sasaran sejauh 40 kilometer.
Kontrak membangunkan XM1155 dianugerahkan kepada Raytheon Missiles & Defence dan Nederlandse Organisatie voor Toegepast Natuurwetenschappelijk Onderzoek (TNO). Sekiranya XM1155 berjaya memenuhi kehendak tentera ia akan digunakan pada meriam berkaliber 155mm di darat dan tentera laut.
Kerana penggunaan kaliber standard, XM1155 tidak memerlukan sistem senjata baharu dan boleh digunapakai pada sistem sedia ada seperti M777 Howitzer.
Sumber Raytheon menerusi The Warzone Wire
