Malaysia mula hidup semula semalam dengan bermulanya fasa kelima Perintah Kawalan Pergerakan yang memberikan kelonggaran kepada perniagaan untuk kembali beroperasi. Namun begitu pengguna masih dinasihatkan supaya mengekalkan pembatasan sosial serta menutup mulut. Tetapi mungkin ada yang merasakan sekeping penutup muka tiga lapisan masih belum cukup untuk menyelamatkan diri dari dijangkiti Covid-19.

Sebuah sistem kipas akan mengambil udara dari luar yang kemudiannya ditapis memasuki ruang pernafasan. Bateri yang disertakan boleh membekalkan udara sehingga 12 jam. Cukup lama untuk perjalanan pergi dan balik ke pejabat sekiranya anda menaiki pengangkutan awam. Permukaan neoprena luar BioVYZR juga kalis air membolehkan ia dipakai walaupun ketika hujan. Dengan berat hanya 1.25 kilogram, ia lebih ringan berbanding beg sandang yang dibawa sepanjang hari ke pejabat.
BioVYZR kini sedang mengumpul dana menerusi lama biayasama Indiegogo dan boleh disokong pada harga RM735 dengan beberapa set penapis gantian yang perlu ditukar setiap 60jam. Dengan kajian Harvard mengesyorkan pembatasan sosial sehingga 2021, mungkin pemakaian kebuk seperti BioVYZR ini akan menjadi norma baharu dunia selagi antivirus tidak dihasilkan.

