PKPB berkuatkuasa sejak Isnin lalu dan pada hari pertama lagi kita dapat melihat imej tular barisan panjang di kedai pajak, restoran dan pusat membeli belah yang tidak mematuhi arahan pembatasan sosial kerajaan. Jarak 1 meter antara individu langsung tidak wujud dan lebih menyedihkan melihat warga emas beratur di bawah terik mentari. Apakah penyelesaian kepada masalah ini?

Sekiranya pengguna bergerak keluar dari lingkungan 1000 kaki, angka giliran mereka akan dibatalkan secara automatik. Apabila giliran semakin hampir, notifikasi akan dihantar kepada peranti sebagai persediaan untuk mula membeli belah.
Aplikasi Safe Queue ini masih belum ditawarkan di mana-mana stor aplikasi tetapi sedang menerima bantuan dari IBM untuk mempercepatkan proses kelulusan. Pembangunnya Dave Chura turut mahu menawarkannya secara percuma bagi menyelesaikan masalah utama dunia norma baharu Covid-19. Mungkin ada pembangun tempatan ingin membangunkan aplikasi yang serupa untuk kegunaan di Malaysia?

