Hari ini NVIDIA A100 telah diumumkan yang merupakan GPU pertama mereka dengan senibina Ampere. Selari dengan pengumuman ini, platform swapandu NVIDIA DRIVE telah dikemaskini untuk menyokong penggunaan NVIDIA A100. Sebelum ia kini menawarkan kemampuan automasi ADAS NCAP 5 bintang hinggalah ke swapandu Tahap 5 Drive AGX Pegasus.

DRIVE AGX Pegasus generasi baharu kini menggabungkan dua cip Orin dengan dua GPU berasaskan Ampere yang memberikan kemampuan melakukan 2000 trilion perkiraan sesaat (2000 TOPS). Ini adalah lebih enam kali ganda lebih tinggi berbanding 200 TOPS yang mampu dilalukan oleh DRIVE AGX Orin. Hanya lima tahun yang lalu NVIDIA Drive PX diumumkan dengan kemampuan 2.4 TOPS sahaja.
Dengan penambahan kuasa memproses, sensor yang lebih peka, kamera beresolusi lebih tinggi dan rangkaian neural yang lebih maju boleh disokong selari dengan DRIVE AGX Pegasus yang dibangunkan untuk kegunaan teksi swapandu.
Pengumuman hari ini dilakukan selepas menerima maklum balas dari pelanggan yang memerlukan yang menawarkan lebih banyak pilihan untuk pelbagai sistem automasi dan swapandu. Seperti yang diumumkan tahun lalu, cip Orin akan ditawarkan kepada pelanggan yang berminat bermula 2021 dengan sasaran digunakan pada kenderaan pada tahun 2022.
