Covid-19: JAIPk tak galak orang ramai ziarah kubur pagi raya

16 May 2020 • 2:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

IPOH - Umat Islam di negeri ini tidak digalakkan menziarahi tanah perkuburan pada pagi Aidilfitri nanti sepertimana kebiasaan kerana dikhuatiri meningkatkan risiko penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin berkata, setakat ini belum ada sebarang ketetapan dibuat berhubung perkara itu, namun pihaknya menasihati orang ramai mengelak daripada berkumpul di tanah perkuburan.

鈥淜ebiasaan di tanah perkuburan ini orang akan menziarah dalam tempoh lama dan ada kemungkinan duduk secara rapat sebab kebanyakan kubur berada hampir antara satu kubur dengan kubur yang lain.

"Kalau dalam satu masa sampai beratus orang datang, sudah jadi situasi orang ramai berkumpul dan boleh merebak jika di situ ada wabak," katanya.

Beliau berkata, aktiviti menziarahi kubur sewaktu Aidilfitri seolah-olah sudah menjadi adat, sedangkan ia boleh dilakukan pada bila-bila masa terutama selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berakhir.

鈥淶iarahlah pada hari lain, sekarang ni kalau duduk di rumah dan membacakan doa dan ayat al-Quran, pahala pun dapat," katanya.

Terdahulu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memberi kelonggaran bagi aktiviti ziarah tanah perkuburan pada Ramadan dan Aidilfitri dengan hanya menetapkan 20 individu dalam satu-satu masa.