“Bukan biasa-biasa”, itu sahaja ungkapan yang sesuai diungkapkan apabila anak muda dari Malaysia telah ditawarkan biasiswa daripada Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Negara (NASA).
Azhar Ali, menerusi Twitter meluahkan rasa gembira dan terkejutnya selepas dimaklumkan oleh pihak Nasa mengenai perkara tersebut
Difahamkan semuanya bermula selepas dia menyertai cabaran reka bentuk sut angkasa lepas bagi misi Artemis ke Marikh pada 2024.
Yang menariknya keputusan yang dicapainya untuk cabaran tersebut begitu memberangsangkan apabila berjaya menempatkkan diri sebagai 1% peserta terbaik dari 3,623,982 peserta dari seluruh dunia
“NASA is giving me a scholarsip!? Ya Allah, I never thought of of this when I joined the Artemis Challenge. Alhamdulillah. The challenge was to design a spacesuit that would adjust to the Artemis 2024 mission to Mars,” tulisnya.

Difahamkan markah yang diperolehnya untuk rekaan tersebut adalah setinggi 96.77 peratus merangkumi aspek kos, ujian lapangan serta logik dan konsisten

Menerusi foto yang dimuat naik Azhar itu juga, pihak NASA dilihat telah memberi pengiktirafan kepadanya selaku ‘Citizen Scientist’ atas usahanya dalam membantu NASA menyelesaikan cabaran tersebut.
“Terima kasih dari kami di NASA atas dedikasi masa dan usaha anda dalam membantu menyelesaikan cabaran semasa.
“Sebagai memperingati pencapaian ini, anda kini secara rasmi menjadi ‘Citizen Scientist’. Semoga akan ada kerjasama pada masa hadapan bersama NASA.”
Kejayaan ini melayakkan Azhar untuk menerima biasiswa dari NASA dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) bagi melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah.

Perkongsian Azhar ini menarik minat netizen dan golongan berpengaruh di Malaysia antaranya Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin.
Rata-rata mereka mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepadanya dan mendoakan Azhar terus berjaya di masa hadapan.



