Poco F2 Pro Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

TechnologyDigital
13 May 2020 • 5:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi Malaysia kini telah mengumumkan yang mana mereka akan membawa masuk Poco F2 Pro untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi. Tiada sebarang tarikh yang diberikan buat masa. Tetapi, dengan penawaran siri Redmi Note 9 untuk pasaran tempatan dalam beberapa minggu sahaja, kita mungkin turut melihat perkara sama untuk Poco F2 Pro ini.

image is not available

Poco F2 Pro hadir dengan skrin 6.67-inci AMOLED FHD+, dijana cip Snapdragon 865, memori sehingga 8GB RAM storan sehingga 256GB UFS 3.1, dan bateri sebesar 4700mAh dengan sokongan pengecasan pantas 30W.

Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan kamera utama 64MP + 13MP (ultra sudut lebar) + 5MP (telemakro) + 2MP (kedalaman). Poco F2 Pro menggunakan kamera swafoto 20MP dihadapan.

Tiada tarikh yang diberikan buat masa ini. Sama-sama kita nantikan info lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.