Rekod Muat Turun 5G Terpantas Kini Milik Nokia Dengan Kelajuan 4.7 Gbps

TechnologyDigital
20 May 2020 • 10:41 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Di atas kertas, rangkaian 5G menjanjikan kelajuan muat turun sehingga 10 Gbps. Tetapi setakat ini kelajuan mua turun pada rangkaian 5G komersial adalah masih di bawah 2 Gbps. Rekod muat turun 5G secara OTA kini dipegang oleh Nokia dengan kelajuan mencecah 4.7 Gbps. Ini memecahkan rekod 4.3 Gbps yang dicatatkan oleh Ercisson pada bulan Februari yang lalu.

Kelajuan dicapai menggunakan frekuensi 800 MHz gelombang millimeter di Texas, Amerika Syarikat semalam. Dengan kejayaan ini kelajuan teoretikal yang mampu ditawarkan oleh 5G semakin hampir menjadi realiti. Di Malaysia dalam beberapa ujian awal yang dilakukan tahun lalu, kelajuan muat turun 4.2 Gbps berjaya dicatatkan menggunakan rangkaian 5G Maxis dengan kelengkapan Huawei.