Poco F2 Pro dilancarkan sebentar tadi dan menandakan kembalinya Poco ke arena peranti mercu hampir dua tahun sejak F1 dilancarkan. Peranti ini sebenarnya hanyalah sebuah Redmi K30 Pro yang dilancarkan pada penghujung bulan Mac yang lalu.

Ini dipadankan dengan cip Snapdragon 865, memori sehingga 8GB RAM LPDDR5, storan sehingga 256GB UFS 3,1 dan bateri sebesar 4700 mAh. Bateri yang agak besar ini menyokong pengecasan pantas 30W menerusi port USB-C.
Spesifikasi kamera utama pula ialah 64-MP sudut lebar dengan sensor Sony IMX 686, 13-MP ultra sudut lebar, 5-MP telemakro dan 2-MP mengesan kedalaman. Pada bahagian hadapan pula sebuah kamera pop naik sebesar 20-MP. Ini memberikannya rekaan yang berbeza berbanding peranti mercu lain yang kini memilih untuk menggunakan kamera hadapan di dalam lubang kamera.
Apa yang kami rasakan menarik ialah peranti mempunyai sistem penyejukan yang besar, bicu audio 3.5mm, WiFi 6, pemancar infra merah dan sokongan rakaman video pada resolusi 8K 30FPS. Sistem operasi yang digunakan pula ialah Poco Launcher 2.0 yang berasaskan Android 10.
Peranti ini ditawarkan pada harga Euro 499 (~RM 2344) untuk model 6GB/128GB dan Euro 599 (~RM 2814) untuk model 8GB/256GB.

