Siri Oppo Reno3 Dilancarkan Di Malaysia Dengan Swafoto 44MP – Harga Bermula RM1699

TechnologyDigital
12 May 2020 • 7:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo hari ini telah melancarkan telefon pintar dibawah siri Reno3 untuk pasaran tempatan secara rasminya. Dua telefon pintar hadir dibawah siri Oppo Reno3 untuk pasaran tempatan, iaitu Oppo Reno3 dan juga Oppo Reno3 Pro.

image is not available

Oppo Reno3 Pro hadir dengan skrin 6.5-inci AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz, dijana cip MediaTek Helio P95, memori 8GB RAM, dan storan 256GB. Ia dilengkapi bateri 4025mAh dengan sokongan pengecasan VOOC 4.0 30W.

Untuk rakaman gambar, Oppo Reno3 Pro hadir dengan dwi-kamera hadapan dengan gabungan sensor 44MP + 2MP, selain empat kemara belakang dengan gabungan sensor 64MP + 13MP + 8MP + 2MP.

image is not available

Berspesifikasi sedikit rendah, dan hanya hadir dengan Oppo Reno3 Pro adalah Oppo Reno3. Ia hadir dengan skrin 6.4-inci AMOLED, telefon pintar ini hadir dengan cip MediaTek Helio P90. Ia turut hadir dengan hanya satu kamera swafoto 44MP, selain kamera utama belakang 48-megapixel.

Bagi anda yang berminat, Oppo Reno3 boleh didapati pada harga RM1699, sementara Oppo Reno3 Pro pula boleh didapati pada harga RM2399.

image is not available

image is not available