Moratorium : Menteri Kewangan Saran Lupus Faedah Terakru

2 May 2020 • 5:21 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Institusi kewangan yang terlibat dalam moratorium disarankan untuk mempertimbang bagi melupuskan kadar faedah terakru bagi pinjaman sewa beli atau keuntungan bagi pembiayaan Islam berkadar tetap bagi sepanjang enam bulan skim tersebut.

Saranan ini yang menariknya datang dari Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Memetik Awani,  beliau berkata Kementerian Kewangan sedia untuk bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan sektor perbankan bagi memastikan pelaksanaan saranan itu.

“Antara punca kekeliruan ini disebabkan pelbagai sumber yang membawa maklumat kurang tepat,”

“Sejak kebelakangan ini, media massa dan netizen banyak menimbulkan persoalan mengenai isu ini. Untuk makluman, memang terdapat bank yang menawarkan moratorium pinjaman tanpa mengenakan faedah terakru atau faedah dikompaun atas pinjaman.

“Namun ia tidaklah merangkumi semua produk pinjaman…setiap bank pula ambil pendekatan tersendiri dalam hal mengenakan faedah sewaktu tempoh moratorium,” tulis nya lagi.

Susulan dari itu, Kementerian Kewangan telah memulakan langkah proaktif mencari penyelesaian kemelut ini melalui perbincangan bersama BNM dan bank-bank untuk membuat keputusan yang tepat mengikut keperluan rakyat.

Menurut beliau lagi, kerajaan sentiasa peka dan mengambil tahu permasalahan rakyat, terutamanya golongan B40 dan M40

“Dalam keadaan ekonomi yang serba mencabar disebabkan oleh wabak COVID-19,  saya amat berharap pandangan (mengenai saranan) ini dapat diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh BNM dan juga institusi-institusi kewangan dalam negara.

“Saya yakin langkah ini akan dapat memberi impak positif kepada rakyat kita,” tambahnya.

Terdahulu timbul kekeliruan umum mengenai kadar faedah atau keuntungan yang dikenakan berkaitan skim moratorium yang diumumkan Perdana Menteri pada 27 Mac lalu.

BNM kemudiannya pada 1 Mei 2020 menyiarkan kenyataan ‘Soalan Lazim (FAQs) Mengenai Pengendalian Moratorium bagi Pinjaman Sewa Beli dan Pembiayaan Islam Berkadar Tetap’ yang telah dikemaskini.

Foto Kredit: The Sun


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved