Lemang tak habis boleh buat keropok rangup, kudapan sekeluarga!

Cooking
28 May 2020 • 2:33 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

KALAU tak habis makan lemang, jangan biarkan sampai basi. Kalau tak larat makan, lama-lama akan menjadi keras dan akhirnya dibuang.

Jadi sebelum perkara itu berlaku, adalah lebih baik jadikan kupadan lejen yang sedap dan rangup semestinya.

Ia dikenali sebagai inang-inang dan asalnya memang diperbuat daripada tepung pulut. Bila dah dimasak ia akan kembang macam keropok.

image is not available

Rasanya memang sedap dan rangup. Jom kita cuba macam mana nak buat inang-inang ni menggunakan lebihan lemang.

Cara penyediaan keropok inang-inang:

1. Mula-mula ambil lemang dan potong nipis-nipis.

2. Selepas itu susun atas dulang dan bubuh pewarna sikit bagi naik serinya.

3. Ikutlah nak titik dengan sudu atau nak guna berus pun lagi senang.

4. Jemur sampai betul-betul kering.

image is not available

5. Anggaran menjemur tu dalam 2-4 hari bagi betul-betul kering.

6. Bila dah kering, bolehlah goreng macam biasa ye dan sediakan minyak panas dalam kuali dan goreng macam keropok. Nanti dia akan kembang dengan sendirinya.

7. Siap!

image is not available

The post Lemang tak habis boleh buat keropok rangup, kudapan sekeluarga! appeared first on Sinar Plus.