Intan Ladyana terima hadiah istimewa di hari jadi

Entertainment
3 Jun 2020 • 4:07 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

BIARPUN tidak memberi sebarang kenyataan berhubung kisah cintanya dengan Harris Alif, 21. yang menjadi bualan hangat beberapa minggu lalu, Intan Ladyana dilihat memuat naik foto jambangan bunga pemberian pelakon tersebut di laman Instagramnya semalam.

“Terima kasih,” ucap Intan ringkas.

Selain jambangan bunga, Intan turut berkongsi sekeping kad yang tertera luahan hati Harris terhadapnya.

“Hey my lucky charm, happy birthday to you! You are incredibly special to me & I cherish our days together.”

Jambangan bunga istimewa daripada Harris itu adalah bersempena hari ulang tahun kelahiran Intan yang ke-38,  pada 2 Jun.

Dalam pada itu, yang bekas juara Idola Kecil musim ketiga itu turut berkongsi foto mesra bersama Intan di laman Instagramnya.

“Happy birthday my lucky charm,” tulisnya.

Terdahulu sebelum itu, Harris mencuri perhatian ramai apabila membuat pendedahan tentang hubungan cintanya dengan heroin Adnan Sempit itu beberapa minggu lalu.

Pengakuan tersebut mengejutkan banyak pihak terutamanya para peminat kedua-dua pelakon ini yang hangat memperkatakan tentang perbezaan umur antara mereka iaitu 17 tahun.

 

(FOTO: Instagram Intan Ladyana & Harris Alif)

The post Intan Ladyana terima hadiah istimewa di hari jadi appeared first on Sinar Plus.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved