Di awal penubuhan Amanz, saiz gambar yang kami muat naik ke laman adalah sekitar 500 pixel. Selepas lebih sedekad beroperasi, ini ialah resolusi yang rendah untuk tahun 2020 mengakibatkan gambar-gambar lama yang bersejarah tidak lagi boleh digunakan. Oleh itu kami senantiasa mencari perisian yang mampu meningkatkan resolusi gambar yang kecil menjadi lebih tinggi. Penyelidik di Duke University telah membangunkan kecerdasan buatan yang menurut mereka mampu melakukan tugasan ini dengan amat baik.
Kecerdasan buatan Pulse mampu meningkatkan resolusi gambar dengan 16×16 pixel ke 1024×1024 pixel. Ini adalah peningkatan jumlah pixel sebanyak 4096 kali ganda. Kecerdasan buatan dilatih menggunakan pembelajaran mesin menerusi dua rangkaian neural. Rangkaian pertama dilatih untuk menghasilkan wajah manusia dan rangkai kedua dilatih untuk menghasilkan imej yang kelihatan realistik.

