Beberapa tahun yang lalu jualan jam tangan mewah swiss terjejas selepas Apple Watch mula dipasarkan. Ramai melihat Apple Watch dengan kemasan emas sebagai status kemewahan yang lebih relevan berbanding jam tangan mewah biasa. Kini adalah normal untuk melihat jenama mewah seperti LV memasarkan jam tangan pintar mewah mereka sendiri. Hublot, ialah sebuah lagi jenama mewah yang kini melancarkan jam tangan mewah pintar dengan sistem operasi Wear OS.

Dari segi rekaan ia serupa dengan Big Bang Referee 2018 FIFA World Cup Russia tetapi dengan perkakasan yang ditambah baik selari dengan perjalanan teknologi. Hublot menyertakan muka jam eksklusif mereka untuk Big Bag e seperti #HublotLovesArt yang berubah setiap tiga jam memaparkan karya seni Marc Ferrero.
Skrin sesentuh boleh digunakan untuk melakukan navigasi ataupun menerusi tombol berputar pada bahagian sisi. Pemakai boleh melakukan panggilan telefon atau menerima notifikasi telefon pinta terus pada muka jam. Sensor yang disertakan pula ialah giroskop, accelerometer, mikrofon dan pengesan cahaya. Tiada pengimbas nadi disertakan,
Di Amerika Syarikat Hublot Big Bang e dipasarkan pada harga $5200 (~RM22,178) untuk versi titanium dan $5800 (~RM24,737) untuk versi seramik.
