Minggu ini menyaksikan sejumlah telefon pintar baru dilancarka bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga pada peringkat global. Di Malaysia, BlackShark 3 Pro dan juga Samsung Galaxy A21s serta Samsung Galaxy A11 telah diperkenalkan.
Selain itu, pada peringkat global, telefon pintar Vivo X50, Samsung Galaxy M01, Honor Play 4 Pro, dan ZTE Axon 11 SE 5G telah diumumkan.
Facebook pada minggu ini telah memperkenalkan kemudahan untuk memindahkan gambar dan video dari Facebook ke Google Photos.
Tidak ketinggalan adalah Telegram yang telah mula menawarkan kemudahan untuk menyunting video dengan pantas pada aplikasi berkenaan.
Di Malaysia, Maxis pada minggu ini telah mengumumkan pakej Hotlink baru yang menawarkan akses data tanpa had bermula RM35 sebulan.
Dan akhir sekali, kini kerajaan telah mengumumkan penawaran kredit RM50 untuk dompet digital, yang akan ditawarkan untuk 15 juta rakyat Malaysia bermula Julai kelak.

