Di dalam dunia yang masih belum bebas wabak, antara saranan yang diberikan oleh pakar kesihatan ialah untuk mengurangkan sentuhan. Antara perkara yang kami sendiri lakukan sejak penularan wabak ialah melakukan pembayaran secara nirtunai kerana virus Covid-19 boleh disebarkan menerusi wang kertas. Proses menggunakan sistem nirtunai menjadi lebih mudah bagi pelanggan kedai serbaneka MyNEWS.com.

Selepas proses imbasan dilakukan, mereka boleh melakukan bayaran menggunakan sistem payWave, paypass, MyDebit atau dompet digital. Pada waktu ini kami hanya menemui kiosk ini di MyNews.com yang terletak berhampiran pejabat kami. Ini juga menjadikan MyNEWS.com kedai serbaneka pertama di Malaysia yang menggunakan kiosk layan diri.
