Rasa nampak sekeliling berpusing? Mungkin vertigo dek masalah dalam telinga

Health & Fitness
29 Jun 2020 • 6:37 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

BIASA rasa pening, loya dan mahu muntah? Rasa pening tu berpusing dalam kepala atau nampak sekeliling berpusing?

Duduk diam tapi sekeliling habis berpusing. Rasa macam kepala kena pusing. Jalan melelong-lelong?

Jika itu yang kita rasakan, kemungkinan gejala itu adalah disebabkan vertigo.

Menurut Dr Ahmad Samhan yang bertugas di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL), vertigo adalah suatu keadaan yang mana merasakan pandangan di sekelilingnya berpusing-pusing. Diri sendiri dirasakan berpusing, tapi sebenarnya tidak bergerak.

Berbeza dengan pening biasa selalunya menyebabkan kepala rasa ringan, rasa nak pengsan dan pitam, ujar beliau.

APA PUNCA VERTIGO?

1. VERTIGO PERIFERI
Disebabkan masalah pada bahagian dalam telinga dan saraf yang menghantar maklumat ke otak.
Ia berlaku disebabkan:

– BENIGN PAROXYSMAL POSITIONAL VERTIGO (BPPV)
Selalunya disebabkan perubahan posisi kepala secara mendadak menyebabkan bahagian dalam telinga menjadi tidak berfungsi secara normal. Ia berlaku tanpa sebab dan mungkin berkaitan dengan umur.

– MENIERE’S DISEASE
Suatu masalah bahagian telinga dalam yang berpunca daripada penghasilan cecair dan perubahan tekanan dalam telinga. Ini menyebabkan berlakunya vertigo berserta bunyi desingan di dalam telinga (tinnitus) dan hilang pendengaran.

– ACUTE PERIPHERAL VESTIBULOPATHY (APV)
Jangkitan(kebiasaanya virus) pada bahagian telinga dalam ini boleh menyebabkan keradangan pada saraf di bahagian telinga dalam yang penting untuk mengawal keseimbangan badan.

2. VERTIGO SENTRAL

Masalah pada bahagian otak terutamanya bahagian cerebellum yang mengawal keseimbangan badan.

Punca disebabkan:

image is not available
Angin ahmar
image is not available Tumor pada bahagian cerebellum
image is not available Migrain
image is not available Multiple sclerosis

APAKAH RAWATAN VERTIGO?
Rawatan masalah itu bergantung kepada penyebabnya. Tetapi kebanyakan masalah boleh sembuh dengan sendirinya tanpa memerlukan ubat.

Pesakit yang mengalami vertigo periferi boleh mencuba ubat jenis perencat vestibular.

image is not available Antihistamine : Promethazine(phenergan), betahistine(betaserc)
image is not available Benzodiazepines: Diazepam, lorezepam
image is not available Antiemetics: Prochloperazine(stematil), metoclopramide
Jika ia disebabkan vertigo sentral, rawatannya adalah bergantung kepada penyebab masalah tersebut.

APAKAH RAWATAN KECEMASAN?
image is not available Tarif nafas jangan panik.
image is not available Jangan tidur dalam keadaan yang terlalu gelap waktu malam.
image is not available Cari tempat untuk duduk atau baring dan tunggu hingga gejala hilang.
image is not available Jangan pejam mata, fokus pada satu objek.
image is not available Dapatkan rawatan sekiranya berlaku serangan kali kedua.

“Bantu saya untuk share info ini sebab rupanya ramai yang mempunyai masalah pening kepala dan tak tau apa patut buat,” tulis beliau di Facebooknya.

The post Rasa nampak sekeliling berpusing? Mungkin vertigo dek masalah dalam telinga appeared first on Sinar Plus.