Asus ROG Phone 3 Diperlihatkan Dalam Video Ringkas

TechnologyDigital
19 Jun 2020 • 12:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kami pasti ramai yang tidak sabar menunggu kemunculan pendatang baru siri Asus ROG Phone iaitu Asus ROG Phone 3. Terkini, peranti ini telah muncul dalam video ringkas yang memperlihatkan rekaan penuh peranti daripada pelbagai sudut.

Melaluinya, anda dapat melihat sokongan tiga kamera utama di bahagian belakang yang disusun secara melintang. Ini adalah peningkatan berbanding pendahulunya, ROG Phone2 yang sebelum ini menggunakan sokongan dwi kamera utama.

Masih terdapatnya logo ROG dengan lampu RGB. Dan seperkara yang kami rasakan menarik adalah kalau anda perasan, bahagian belakang peranti juga terdapat logo ‘Tencent Games’ yang memberi gambaran Asus bakal bekerjasama dengan tencent lagi pada model kali ini.

Tiada maklumat lain mengenai spesifikasi peranti yang dikongsi menerusi video berkenaan. Kita mungkin bakal mendengar pelbagai lagi perkongsian mengenainya dalam masa terdekat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved