Oxygen OS Open Beta 15 OnePlus 7/7 Pro Menambah Butang Pintas Pengaktifan Mod Gelap

TechnologyDigital
18 Jun 2020 • 1:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OnePlus sering menghasilkan peranti dengan penawaran yang seimbang. Jenama ini juga sering menawarkan pelbagai kemaskini menarik untuk model keluarannya dalam usaha memberi yang terbaik buat semua pengguna.

image is not available

Terkini, OnePlus dikatakan telah mula mengedar kemas kini OxygenOS Open Beta 15 untuk model OnePlus 7 dan 7 Pro. Berikut adalah beberapa penambahbaikan yang disertakan pada kemas kini baharu ini :

Sistem

  • Kemaskini tampalan sekuriti Jun 2020
  • Tambahan butang pintas khas untuk mod gelap di ruangan notifikasi
  • Perbaiki masalah kelipan skrin selepas mengunci peranti
  • Logo jenama OnePlus diperbaharui dengan tampilan lebih segar

Bluetooth

  • Penambahbaikan sambungan aplikasi alat bantuan pendengaran

Aplikasi

  • Ketepatan penghitung langkah kini ditambahbaik

Telefon

  • Butiran kenalan yang sering dihubungi kini tersedia di antaramuka panggilan

Perlu diingatkan, ini adalah perisian beta. Sekiranya anda pengguna OnePlus 7 dan 7 Pro yang menggunakan Oxygen OS Open Beta, ia boleh dikemas kini secara terus melaui OTA. Namun jika tidak, anda boleh memasang kemas kini baru ini secara manual dan jangan khuatir kerana ia boleh dimuat turun tanpa kehilangan sebarang data.