Hada Labo, lancar kempen We Care bagi bantu masyarakat

Beauty
7 Jun 2020 • 8:29 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

JENAMA penjagaan kulit terkenal, Hada Labo bakal melancarkan kempen We Care sempena ulang tahunnya yang ke-10 pada Julai, Ogos dan September akan datang.

Kempen berkenaan merangkumi tiga kategori iaitu Care for You, Care for Society dan Care for Nature.

Kempen Care for You memberi tumpuan kepada pendidikan penjagaan kulit kepada orang ramai, sementara kempen Care for Society bertujuan menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang kurang berkemampuan.

Kempen Care for Nature pula akan melihat penglibatan Hada Labo dalam membantu mewujudkan persekitaran yang lestari.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari www.hadalabo.com.my atau ikuti Facebook MyHadaLabo.

The post Hada Labo, lancar kempen We Care bagi bantu masyarakat appeared first on Sinar Plus.