OnePlus Nord Merupakan Telefon OnePlus Seterusnya – Menawarkan Harga Lebih Mesra-Poket

TechnologyDigital
30 Jun 2020 • 8:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OnePlus hari ini telah menerbitkan sebuah dokumentari khas melihat kepada disebalik pembangunan telefon pintar terbaru mereka, yang memfokuskan kepada penawaran lebih mampu milik. Bersama-sama dengannya, OnePlus memperlihatkan yang mana peranti akan datang mereka bakal dikenali dengan nama OnePlus Nord.

Melalui dokumentari ringkas yang diterbitkan, OnePlus memperlihatkan OnePlus Nord akan hadir dengan rekaan skrin berlubang, dan menggunakan antaramuka OxygenOS.

image is not available

OnePlus masih belum berkongsi spesifikasi penuh telefon pintar ini buat masa ini. Mereka dijangka berkongsi lanjut mengenai telefon pintar ini pada 7 Julai 2020 kelak.

Sebelum ini, pihak OnePlus telah mengesahkan yang mana telefon pintar ini ditujukan kepada negara-negara membangun, terutamanya India dan Eropah.