Seperti pada komputer desktop, masalah perisian hasad yang berbahaya dan penipuan perlu diambil serius. Pada komputer Windows, Defender ialah perisian terbina yang memastikan pengguna sentiasa terlindung dari dua perkara ini. Hari ini Microsoft akhirnya memperlihatkan Defender ATP untuk Android selepas mengumumkan pembangunannya Februari yang lalu,

Pada waktu ini Microsoft Defender ATP boleh digunakan lebih awal oleh pelanggan Microsoft Defender Security Center pada peranti Android sahaja. Versi iOS akan dilancarkan menjelang penghujung 2020.

