JUTAWAN kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri memberitahu mahkamah telah memutuskan dia tidak bersalah di atas kesalahan mendera anak angkatnya, Ameenah.
Aliff memaklumkan perkara itu menerusi satu hantaran di akaun Instagramnya berkaitan anak ketiganya, Ibraheem Adham atau Baem yang mengalamai kecederaan akibat jatuh motor.
“Budak lasak jatuh motor, Baem dan dia akan kembangkan hidung tanda dia bersalah. Kalau Ameenah mahu kes polis.
“Apa pun kes Ameenah, mahkamah dah putuskan yang saya tak bersalah hanya berunsur fitnah,” ujarnya.
View this post on Instagram
Sebelum ini Aliff didakwa memukul dan mencubit anak angkatnya yang berusia dua tahun itu pada 28 Februari lalu selepas seorang pembantu rumah warga Indonesia membuat laporan polis dan mendakwa kanak-kanak perempuan itu menjadi mangsa penderaan.
Aliff kemudiannya ditahan namun dibebaskan dengan jaminan polis, manakala Ameenah diserahkan kepada pembantu peribadinya untuk dijaga sementara atas nasihat pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Petaling Jaya.
Selain Baem dan Ameenah, Aliff yang mendirikan rumah tangga bersama Nur Shahida Mohd Rashid pada 2007 turut dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Yusoff Al Qardawy serta Raudhah Arsyiah.
View this post on Instagram
The post ‘Mahkamah putuskan kes dera anak angkat berunsur fitnah’ – Aliff Syukri appeared first on Sinar Plus.



