Datuk Seri Ismail Sabri hari ini mengumumkan perkhidmatan seru-pandu dan juga teksi kini boleh beroperasi selama 24 jam tanpa had sepanjang tempoh PKPP. Sebelum ini semasa tempoh PKPB, waktu operasi dihadkan dari jam 6 pagi sehingga 11 malam. Turut diumumkan ialah pemandu dan penumpang kesemuanya perlu memakai pelitup muka sepanjang masa.

Arahan baharu ini diberikan selepas jumlah jangkitan baharu Covid-19 di Malaysia dilihat semakin berkurangan selepas beberapa fasa PKP dikuatkuasakan sejak 18 Mac.

