Huawei Bakal Membangunkan Peranti Dengan Teknologi Kamera Di Bawah Skrin

TechnologyDigital
3 Jun 2020 • 10:42 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perkongsian mengenai teknologi Under-Screen Camera (USC) atau
peranti dengan kamera di bawah skrin sebenarnya telah lama diperkatakan. Rekaan sebegini dapat memberi kepuasan kepada pengguna untuk menikmati kandungan pada paparan secara menyeluruh.

image is not available

Jika sebelum, Oppo dan Xiaomi dikhabarkan telah hadir dengan teknologi sebegini. Terkini, Huawei pula dikatakan bakal membangunkan peranti dengan teknologi ini. Paten mengenainya juga telah diluluskan dan dikongsi menerusi arena web. Difahamkan, Huawei mengemukakan dua jenis paten.

Pertama, imej memperlihatkan rekaan modul kamera bulat seakan sama dengan siri Huawei Mate 30 terbaru. Berbeza dengan paten kedua, ia memperlihatkan modul kamera yang diselaraskan secara menegak yang menyerupai seperti siri Huawei P40. Bagaimanapun, kedua-duanya dilihat menampilkan rekaan hadapan yang sama bersama sisi melengkung yang membulat.

image is not available

Memandangkan ia masih lagi pada peringkat paten, tidak bermakna ia akan sama dengan produk akhir. Namun, nampaknya kita bakal menyaksikan teknologi ini digunakan secara meluas tidak lama lagi.