‘Hanya kita berdua,’ – Tweet terakhir Naya Rivera

LocalEntertainment
9 Jul 2020 • 10:25 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

BINTANG Glee, Naya Rivera, dilaporkan hilang selepas anak lelakinya dijumpai bersendirian di atas sebuah bot di California, Amerika Syarikat.

Naya, 33, yang ditemani anaknya Josey Hollis Dorsey yang berusia empat tahun menyewa sebuah bot di Tasik Piru, Taman Negara Los Padres, Rabu lalu.

Menurut Jabatan Sheriff Daerah Ventura, Naya menyewa bot tersebut sekitar jam 1 petang sebelum anak lelakinya ditemui di atas bot itu tiga jam kemudian.

image is not available
Tasik Piru, Taman Negara Los Padres yang dipercayai menjadi lokasi Naya hilang dan dikhuatiri lemas.

Josey memberitahu mereka berenang di tasik namun Naya tidak naik semula ke atas bot.

“Setakat lewat petang tadi, misi menyelamat terpaksa dihentikan seketika dan akan diteruskan pagi esok.

“Kami juga menutup lokasi tasik ini dari dikunjungi orang awam,” ujar Jabatan Sheriff Daerah Ventura.

Bahkan mereka juga tidak menolak kemungkinan besar bahawa Naya lemas dan tidak dapat diselamatkan.

Sementara itu, menerusi tweet terakhir di Twitter semalam (8 Julai), Naya memuat naik gambar bersama anaknya bersama kapsyen, ‘hanya kita berdua’.

 

 

 

The post ‘Hanya kita berdua,’ – Tweet terakhir Naya Rivera appeared first on Sinar Plus.