OnePlus sebentar tadi telah melancarkan OnePlus Nord, iaitu peranti kelas pertengahan kedua mereka setelah sekian lama memfokuskan peranti mercu. Bersama-sama dengan Nord, OnePlus turut melancarkan TWS pertama mereka, OnePlus Buds.


OnePlus Buds menggunakan pemacu audio 13.4mm, Bluetooth 5.0, USB-C, bateri 35mAh pada setiap fon telinga, 420mAh pada kerangka pengecasan, ketahanan bateri sehingga 30 jam dan menyokong pengecasan pantas. Ia juga mempunyai kawalan sentuhan, mod masa pendam rendah untuk permua serta menyokong audio dari Dolby Atmos.
OnePlus Buds juga menyokong kalis air IPX4 dan tambatan pantas Google, Fast Pair. TWS ini ditawarkan dalam warna putih, kelabu, dan Nord Blue pada harga $79 (~RM337).
