“Kedua-Dua Keluarga Dah Jumpa” – Timbalan Menteri Sahkan Bakal Jadi Ibu Mertua Mira Filzah

LocalPolitics
17 Jul 2020 • 6:43 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Peminat dunia hiburan baru-baru ini dikhabarkan dengan berita gembira apabila pelakon Mira Filah mendedahan yang dia sudahpun bertunang dengan kekasihnya Wan Emir Astar.

Dia bagaimanapun memilih untuk tidak bercerita secara lanjut mengenai majlis pertunangannya itu dan perancangan akan datangnya.

“Saya dah bersedia, dan kini sedang dalam fasa ‘on-going’ (persediaan).

Kalau berapa peratus persediaan yang sudah dilakukan, saya tak dapat jawab kerana masih di peringkat awal,” katanya.

Terbaru ibu Wan Emir yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan yang mereka akan melangsungkan pernikahan tahun ini.

image is not available
Foto : OhBulan

“Ya, kedua-dua keluarga sudah berjumpa. Semuanya berjalan lancar dan ia akan diumumkan nanti. Insya-Allah,” katanya kepada Harian Metro.

Dia juga turut meminta orang ramai untuk mendoakan kebahagiaan anak dan bakal menantunya itu.

Kisah mereka kembali hangat diperkatakan baru-baru ini selepas media melaporkan  adik aktres tersebut , Aina Fadhilah memanggil Wan Emir dengan panggilan BIL (brother in law)