Koleksi eksklusif baju-T Uniqlo x Ultraman dalam talian

Women's Fashion
20 Jul 2020 • 9:30 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

POPULARITI siri anime Jepun, Ultraman mendorong Uniqlo melancarkan koleksi baju-T kepada peminatnya hari ini secara dalam talian.

Koleksi istimewa itu menampilkan pelbagai watak popular beberapa raksasa yang direka dari zaman awal kemunculan hingga paling terkini, pada tahun lalu.

Berdasarkan rekod, Ultraman yang diasaskan Eiji Tsuburaya itu mula menemui peminat pada tahun 1966 dengan watak Ultra Q dan Ultra dan kemudian Ultraman Taiga (2019).

Layari https://www.uniqlo.com/my/store/campaign/ut-collections/ultraman.html untuk membeli baju-T dengan pilihan karakter yang digemari.

Sebelum itu, Uniqlo juga secara eksklusifnya mengetengahkan watak Hello Kitty pada baju-T jenama itu.

Justeru, pada pencinta Hello Kitty, jangan lepaskan peluang keemasan mendapatkan ekspresi baharu anime berkenaan. Layari https://www.uniqlo.com/my/store/campaign/ut-collections/hello-kitty-t-market.html.

Penulis: Mazlina Abdul Majid

The post Koleksi eksklusif baju-T Uniqlo x Ultraman dalam talian appeared first on Sinar Plus.